Monday 5 November 2012

Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak jangan lupa SUNTIKAN…..

Program Imunisasi Malaysia mempu mencegah 10 jangkitan berbahaya!!!


Kesian anak ni nak kene suntikan (injection), masih kecil lagi. Kenapa tak tunggu besar skit? Bukan kah semua penyakit-penyakit yang diberi vaksin telah tiada…’
Ini adalah salah satu ayat yang selalu diberikan sebagai alasan  oleh ibubapa bagi mengelakkan anak mereka disuntik vaksin.

Bagaimanapun, tindakan ini adalah SALAH. Imunisasi ataupun vaksin amat penting dalam mengelakkan/mencegah seseorang kanak-kanak daripada menghidapi sesuatu penyakit yang berbahaya. MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI

Faktor utama mengapa kebanyakkan penyakit yang diberi vaksin seperti Mumps, measles, rubella dan pertussis sudah jarang didengar kerana program imunisasi yang dijalankan telah berjaya dan berkesan. Kanak-kanak di Malaysia terlindung daripada mendapat jangkitan penyakit yang berbahaya ini. Tetapi jika anak anda tidak mendapatkan suntikan vaksin, maka dia amat berisiko mendapat jangkitan yang berbahaya kerana kuman/bakteria/virus ini masih ada di sekeliling kita.

Mengapa vaksin perlu diberi semasa awal kehidupan kerana kita mahu memastikan anak-anak ini mendapat vaksin sebelum terdedah kepada sesuatu jangkitan yang berbahaya.

Berikut adalah jadual imunisasi di Malaysia

Immunisisasi
Umur (bulan)
Umur (tahun)
0
1
2
3
5
6
12
18
6
12
BCG








Jika tiada parut

Hep B










DTap










IPV










Hib










Measles





Sabah




MMR














BCG : Bacille-Calmitte-Guerin vaccine
Hep B: Hepatitis B vaccine
DTap : Diphteria, Tetanus, acelluar Pertusis vaccine
IPV : inactivated polio vaccine
Hib : haemophilus influenza b
MMR : measles, mumps, rubella

BCG vaccine
-          Vaksin ini penting untuk mencegah/menghalang seseorang mendapat penyakit tuberculosis (TB) yang teruk.
-          Apakah penyakit TB?
o   Penyakit yang berpunca daripada kuman Mycobacterium Tuberculosis
o   Mycobacterium Tuberculosis akan menyerang organ badan seperti paru-paru, usus, tulang, otak dan buah pinggang.
-          Bagaimana TB merebak?
o   Melalui udara/pernafasan.
-          Apakah akibat penyakit TB?
o   Kerosakan kekal paru-paru – kesukaran bernafas
o   Kerosakan usus – cirit birit berpanjangan
o   Kerosakan tulang – pengumpulan nanah dalam tulang
o   Kerosakan buah pinggang
-          Bagaimana BCG membantu mencegah penyakit TB?
o   Seseorang yang mendapat vaksin BCG masih boleh dijangkiti kuman TB tetapi kesan dan kerosakan organ disebabkan oleh TB dapat dikurangkan/minimum.
-          Kesan sampingan suntikan vaksin BCG
o   95% kanak-kanak akan mengalami bengkak kecil di tempat suntikan (bahu kiri) dan sakit yang sedikit (mild) akan hilang selepas beberapa hari.
o   Parut di tempat suntikan
o   1 daripada 1000000 (juta) kanak-kanak yang mendapat suntikan mengalami tindakbalas alahan yang teruk seperti sesak nafas dan penurunan tekanan darah.

Vaksin Hepatitis B
-          Vaksin ini mencegah seseorang daripada dijangkiti dan mengalami komplikasi jangkitan virus Hepatitis B
-          Apakah itu penyakit Hepatitis B?
o   Penyakit yang disebabkan virus Hepatitis B
-          Bagaimana Hepatitis B berjangkit?
o   Terkena darah atau cecair badan pesakit Hepatitis B pada luka/mata/mulut
o   Terkena objek yang mempunyai kesan darah atau cecair badan pesakit Hepatitis B. Hepatitis B virus boleh kekal hidup selama 7 hari diluar badan manusia.
o   Hubungan seksual dan pemindahan darah.
-          Komplikasi penyakit Hepatitis B
o   Kerosakan hati (cirrhosis), kanser hati
o   Mati akibat kegagalan hati
-          Kesan sampingan suntikan vaksin  Hepatitis B?
o   Sakit sederhana di tempat suntikan ( 1 dikalangan 4 orang)
o   Demam ( 1 dikalangan 15 orang)

Vaksin DTaP
-          Vaksin DTap penting bagi mencegah penyakit Diphteria, Tetanus dan Polio.
-          Apakah penyakit-penyakit ini?
o   Diphteria
§  Punca : bakteria Corynebacterium diphtheria
§  Cara merebak : udara
§  Tanda jangkitan: demam, sakit tekak, selaput dipermukaan mulut, lidah dan tekak
§  Komplikasi : sesak nafas, jangkitan merebak ke otot jantung.
§  10 daripada 100 pesakit berisiko mati akibat daripada komplikasi penyakit.
o   Tetanus
§  Punca: jangkitan bakteria Clostridium tetani
§  Cara jangkitan : luka yang terdedah kepada tanah, memotong tali pusat dengan alat tidak sterile (bersih secara klinikal) semasa bersalin .
§  Tanda jangkitan : demam dan kekejangan otot yang amat kuat
§  Description: http://www.doomandbloom.net/wp-content/uploads/2012/10/tetanusnewborn.jpg 
bayi yang menghidapi tetanus mengalami kekejangan otot yang teruk
§  Komplikasi : kecacatan otak akibat kekurangan oksigen semasa kekejangan otot pernafasan. Jika tiada rawatan, 1 daripada 4 pesakit akan maut. Jika rawatan diberikan 1 daripada 10 pesakit berisiko maut disebabkan penyakit ini.  
o   Pertusis
§  Punca : bakteria Bordetella pertussis
§  Tanda: demam, selsema dan batuk yang kuat dan kerap sehingga menyebabkan kesukaran bernafas
§  Komplikasi : kerosakan otak disebabkan kurang oksigen
-          Kesan sampingan suntikan vaksin DTaP
o   Demam ( 1 dalam 4 orang)
o   Merah dan sedikit bengkak tempat suntikan ( 1 dalam 4 orang)
o   Muntah ( 1 dalam 50 orang)
o   Sawan ( 1 dalam 14,000 orang)
o   Alahan yang teruk seperti sesak nafas,penurunan tekanan darah (1 dalam >sejuta orang)

Vaksin IPV
-          Berperanan untuk mencegah penyakit polio (poliomyelitis)
-          Apakah punca penyakit poliomyelitis
o    jangkitan polio virus ke dalam system saraf
-          Bagaimana poliomyelitis merebak?
o   Melalui air liur, hingus, najis pesakit
-          Apakah komplikasi poliomyelitis
o   Kelumpuhan badan
o   Kematian boleh berlaku jika melibatkan kelumpuhan otot pernafasan
-          Kesan sampingan suntikan vaksin IPV
o   Sederhana sakit di tempat suntikan
o   Alahan boleh berlaku tetapi amat jarang.

Vaksin Hib
-          Berfungsi mencegah jangkitan bakteria Haemophilus influenza type b
-          Apakah komplikasi jangkitan Haemophilus influenza type b
o   Jangkitan paru-paru (pneumonia)
o   Jangkitan lapisan otak (meningitis)
o   Jangkitan telinga (otitis media)
-          Kesan sampingan suntikan vaksin Hib
o   Demam (biasanya selama 2-3 hari)
o   Sakit dan kemerahan di tempat suntikan
o    Alahan yang teruk boleh berlaku tetapi amat jarang berlaku

Vaksin measles
-          Mencegah jangkitan virus Measles
-          Diberikan semasa berumur 6 bulan bagi kanak-kanak di Sabah sahaja kerana Sabah mempunyai kejadian jangkitan Measles yang masih tinggi.
-          Bagaimanakah measles berjangkit?
o   Melalui air liur, hingus, batuk dan bersin
-          Tanda jangkitan measles
o   Demam
o   Batuk
o   selsema
o   Ruam pada badan
-          Komplikasi jangkitan measles
o   Jangkitan paru-paru (pneumonia)
o   Jangkitan lapisan otak (meningitis)
o   sawan
-          Kesan sampingan vaksin
o   Sama seperti vaksin MMR

Vaksin MMR
-          Berperanan mencegah jangkitan measles, mumps dan rubella
-          Apakah penyakit-penyakit ini?
o   Mumps
§  Disebabkan jangkitan virus mumps
§  Gejala : demam, sakit kepala,sakit otot dan kebengkakan kelenjar
§  Komplikasi : jangkitan selaput otak dan saraf tunjang (meningitis), pekak
o   Rubella
§  Disebabkan virus rubella
§  Gejala : demam, sakit sendi dan ruam di anggota badan
§  Komplikasi : jika jangkitan rubella berlaku semasa wanita mengandung, ini boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran bayi yang mempunyai kecacatan.
-          Kesan sampingan vaksin MMR
o   Demam yang rendah dan dalam jangka masa pendek( 1 dalam 6 orang)
o   Ruam di anggota badan (1 dalam 20 orang)
o   Kebengkakan kelenjar leher/pipi (1 dalam 75 orang)
o   Sawan demam ( 1 dalam 3000 dose)
o   Penurunan platlet yang sementara ( 1 dalam 30,000 dos)
o   Alahan yang teruk (sesak nafas,penurunan tekanan darah) ( 1 dalam sejuta dos)
o   Pekak, kerosakan otak dan epilepsy amat jarang berlaku – ada laporan tetapi tiada kajian yang spesifik membuktikannya
Walaupun semua suntikan vaksin mempunyai kesan sampingan tetapi kesan sampingan yang berbahaya amat jarang berlaku. Kebaikan mendapatkan suntikan adalah jauh lebih baik dan ia ternyata berkesan dalam mencegah penyakit yang berbahaya.

Keadaan yang menyebabkan suntikan vaksin tidak boleh diberikan kepada seseorang kanak-kanak
1.       Alahan yang teruk kepada sesuatu suntikan vaksin.
2.       Kanak-kanak yang sedang mengalami demam, cirit-birit, muntah yang teruk perlu tangguhkan suntikan vaksin.
3.       Kanak-kanak yang alah (allergic) teruk kepada telur ayam tidak boleh mengambil suntikan MMR.

Suntikan vaksin boleh diberikan walaupun kanak-kanak mengalami :
1.       Muntah, cirit-birit, batuk, selsema yang tidak teruk dan tidak mengalami demam.
2.       Alahan kulit (eczema). Suntikan boleh diberikan pada kawasan kulit yang sihat.
3.       Kanak-kanak yang sedang mengambil antibiotic.
4.       Bayi yang sedang mengalami masalah kuning (jaundice).
5.       Kanak-kanak yang mempunyai masalah berat badan dan perkembangan yang terbantut.
6.       Masalah saraf yang telah stabil. Contohnya cerebral palsy, controlled epilepsy, febrile seizure, mental retardation.
7.       Bayi pra-matang.

Tips/Petua
Selepas suntikan vaksin,bagi anak makan ubat cecair paracetamol 15mg/kg setiap 6 jam selama 2 hari.ini membantu mengelakkan demam berlaku dan mengurangkan sakit dan bengkak tempat suntikan.

Pengalaman hamper 4 tahun bertugas di Sabah telah membuka mata saya tentang kepentingan suntikan vaksin. Sabah, masalah ramai pendatang tanpa izin (tanpa dokumen perjalanan yang sah) dan ibu yang bersalin di rumah menyebabkan ramai kanak-kanak yang tidak mendapat suntikan yang sepatutnya.ini menyebabkan mereka terdedah kepada jangkitan yang berbahaya dan teruk sehingga menyebabkan kematian. Banyak yang telah saya saksikan kanak-kanak kecil menghidapi penyakit-penyakit seperti di atas dan gagal diselamatkan.

Kesimpulan
Lindungilah anak-anak kita daripada penyakit yang berbahaya dan Jangan biar kan mereka menjadi penyebar penyakit berbahaya kepada kanak-kanak lain di Malaysia.

JANGAN TERLEPAS SUNTIKAN VAKSIN ANAK-ANAK

rujukan: Paediatric Protocols for Malaysia Hospital 2008 (2nd edition)

1 comment:

  1. Hi..saya nak tanya..
    If saya terlupa nak beri vaksin 1thn 5 bulan…how ya???
    Now my baby already 2years 1mth..
    Reply me ASAP..DOC.. risau
    THANKS A LOT.

    ReplyDelete