Tuesday, 6 November 2012

MEROKOK : TABIAT @ KETAGIHAN

Merokok adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat sama seperti obesity, diabetes dan darah tinggi. Bantuan dan rawatan harus diberikan dengan segera sebelum seseorang perokok mendapat komplikasi daripada kandungan rokok.

jawab soalan di bawah untuk mengetahui tahap ketagihan rokok anda (Fagerstorm Score)

1. Berapa lama jangka masa anda selepas bangun tidur untuk hisap rokok pertama ?
              lebih 60 minit                   ( 0 )
              31 - 60 minit                    ( 1 )
              6 - 30 minit                      ( 2 )
              dalam masa 5 minit           ( 3 )

2. Adakah anda mengalami kesukaran untuk menahan diri daripada merokok jika anda berada di kawasan
    larangan merokok?
                                     Tidak    ( 0 )
                                     Ya        ( 1 )

3. Rokok mana yang paling anda sukar untuk tinggalkan?
                                  Rokok pertama diwaktu pagi                          ( 1 )
                                  selain daripada rokok pertama diwaktu pagi    ( 0 )

4. Berapa batang rokok anda hisap setiap hari ?
                                 kurang daripada 10    ( 0 )
                                 10 - 20                      ( 1 )
                                 21 - 30                      ( 2 )
                                 lebih daripada 30       ( 3 )

5. Adakah anda merokok lebih banyak beberapa jam selepas bangun tidur dibandingkan pada masa lain ?
                                 Tidak ( 0 )
                                 Ya     ( 1 )

6. Jika anda sakit teruk ( terlantar di atas katil seharian ), adakah anda tetap merokok?
                                 Tidak  ( 0 )
                                 Ya      ( 1 )

Markah
Tahap Ketagihan
Komen
1 – 3
Rendah
Anda merokok disebabkan tabiat. Anda mudah untuk berhenti merokok tanpa kesan ketagihan. Ini adalah masa terbaik untuk berhenti merokok. Anda mampu berhenti merokok dengan sendiri tanpa bantuan.

4 – 6
Sederhana
Anda merokok kerana ketagihan tetapi masih pada tahap sederhana. Mampu berhenti merokok dengan keazaman yang tinggi. Biasanya pada tahap ini anda tidak memerlukan rawatan untuk ketagihan tetapi anda memerlukan khidmat kaunseling bagi membantu anda berhenti merokok.

 7 - 10
Tinggi
Hidup anda bergantung kepada rokok. Sukar untuk berhenti tanpa rawatan kerana kesan ketagihan yang teruk. Anda perlu mendapatkan bantuan kaunseling dan rawatan ketagihan bagi memastikan anda BERJAYA berhenti merokok. 


Bagi golongan perokok yang mempunyai tahap ketagihan yang sederhana dan tinggi, anda boleh mendaftar di klinik kesihatan dan hospital kerajaan ( Khidmat Berhenti Merokok). Di sini anda akan diberi tips dan petua berhenti merokok.Rawatan (ubat) yang berbentuk tampalan, kunyah dan kapsul juga akan diberikan kepada perokok yang mempunyai ketagihan yang tinggi.

p/s :
1. Ramai perokok memerlukan lebih daripada sekali percubaan untuk berhenti merokok. so... JANGAN MUDAH PUTUS ASA jika anda pernah gagal berhenti merokok sebelum ini. CUBA LAGI....

2. Ramai gagal untuk berhenti merokok kerana tidak tahu tahap ketagihan diri sendiri. Jika ketagihan anda di tahap yang sederhana dan tinggi.. DAPATKAN BANTUAN.

3. Jangan MALU untuk dapatkan bantuan untuk berhenti merokok kerana MEROKOK JUGA ADALAH PENYAKIT.

4. Walau apa pun rawatan dan bantuan yang ada, SEMUANYA BERMULA DARI DALAM DIRI SENDIRI

5. SOKONG DAN BANTU lah suami, abang, adik, anak dan orang sekeliling anda BERHENTI MEROKOK

PENGAKUAN

Saya (DR HANAFI YAHYA) mula merokok sejak berumur 14 tahun dan tahap ketagihan saya adalah TINGGI. Selepas kali kedua cubaan berhenti merokok, akhirnya saya BERJAYA BERHENTI MEROKOK pada usia 22 tahun.

2 comments:

  1. Masihkah kau ingat rokok winston yg kita sedut sama sam dulu..hehe. terbaikla Dr Han

    ReplyDelete
  2. ha..ha.. mana bole lupa.. nostalgia... :)

    ReplyDelete